KEBIASAANNYA, warga tua memakai kain pelekat ketika solat tetapi ketika sujud, bahagian lutut dan paha akan terdedah. Adakah sah solat mereka kerana membuka aurat? Bagaimana pula dengan status solat mereka sebelum ini? Adakah ia diterima?

FAIDHIE
Sabak Bernam
Pertamanya, saudara perlu memahami batas aurat lelaki terlebih dulu. Rasulullah bersabda: “Aurat seorang mukmin (lelaki) ialah antara pusat dan lututnya.”
Kedua, ulama fiqah mengatakan menutup pusat dan lutut ini adalah dari sudutnya saja dan bukan dari bawah.
Memakai kain pelekat adalah budaya orang Melayu yang termasuk menutup aurat bagi lelaki. Oleh itu, jika kelihatan ketika sujud, ia bukan dikira membuka aurat ketika solat dan solat itu adalah sah dan diterima.
Bagi yang tidak bersolat pula, haram hukumnya untuk menjenguk dan mengintai aurat mereka yang mengerjakan solat.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Solatdedahaurat/Article/index_html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar